Tuesday, 23 August 2016


TIPS BERSIHKAN RUMAH..



Kali ni Cik Su nak kongsi kan tips untuk bersihkan rumah supaya memudahkan lagi kerja ibu-ibu, ayah-ayah, akak-akak, acik-acik kat luar sana..Selamat Mencuba!

TIPS 1: Supaya Habuk Tidak Mudah Melekat Pada Perabot 
  • Lap perabot menggunakan softener pakaian dengan kadar 1:10 (1 penutup softener dengan 10 cawan air)..

TIPS 2: Kilatkan Lantai Rumah
  • Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian ibu-ibu boleh lah mop seperti biasa..

TIPS 3: Wangikan Peti Ais
  • Keluarkan semua makanan dari peti ais..
  • Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais..
  • Selepas kering, sapu sedikit esen vanila ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais..
  • Tutup peti ais dalam anggaran 30 minit sebelum memasukkan semula makanan ke dalamnya..

TIPS 4: Menyegarkan Bilik Mandi

Bahan-bahannya:
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka
1 cawan air
  • Campurkan kesemua bahan tersebut dan masukkan ke dalam penyembur. Kemudian semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air..

TIPS 5: Hilangkan Kotoran Sinki 'Stainless Steel'
  • Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tadi untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki.
  • Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi.
  • Kemudian bilas kan dengan air panas.