TIPS BERSIHKAN RUMAH..
Kali ni Cik Su nak kongsi kan tips untuk bersihkan rumah supaya memudahkan lagi kerja ibu-ibu, ayah-ayah, akak-akak, acik-acik kat luar sana..Selamat Mencuba!
TIPS 1: Supaya Habuk Tidak Mudah Melekat Pada Perabot
- Lap perabot menggunakan softener pakaian dengan kadar 1:10 (1 penutup softener dengan 10 cawan air)..
TIPS 2: Kilatkan Lantai Rumah
- Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian ibu-ibu boleh lah mop seperti biasa..
TIPS 3: Wangikan Peti Ais
- Keluarkan semua makanan dari peti ais..
- Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais..
- Selepas kering, sapu sedikit esen vanila ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais..
- Tutup peti ais dalam anggaran 30 minit sebelum memasukkan semula makanan ke dalamnya..
TIPS 4: Menyegarkan Bilik Mandi
Bahan-bahannya:
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka
1 cawan air
- Campurkan kesemua bahan tersebut dan masukkan ke dalam penyembur. Kemudian semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air..
TIPS 5: Hilangkan Kotoran Sinki 'Stainless Steel'
- Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tadi untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki.
- Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi.
- Kemudian bilas kan dengan air panas.